IJALISME

Walau Patah Sayap Rajawali Bertongkat Juga Aku ke Sini

UJIAN ‘vs’ TARBIYAH


Assalamualaikum….
kaifa haluukum wa imanukum?? Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih sayangNya. Dan yang paling penting moga-moga kita semua tergolong di kalangan hambaNya yang sentiasa tamak untuk menambah saham keimanan dalam diri masing-masing, insyaAllah..
Allright, sudah lama rasanya jari jemari ini tidak menaip sesuatu. Al-maklumlah otak sudah lama tidak dikerah mengeluarkan idea-idea, agak beku sikit otak dan sejak akhir-akhir ini kehidupan agak sibuk sedikit dengan pelbagai komitmen walaupun diri ini belum lagi menjejak ke alam kampus yang mungkin lebih mencabar..Alhamdulillah, dalam kesibukan yang melanda, Dia masih lagi memberi kesempatan untuk saya berjalan, melihat, mentafsir seterusnya mengembalikan diri kepada fitrah insani yakni memuhasabahkan diri yang sentiasa melakukan kesilapan ini…benar-benar terasa diri ini kerdil di sisiNya…

Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang disayangi…

Syukran banyak-banyak kerana tidak pernah jemu memberi semangat dan membantu diri ini untuk membina kembali keyakinan yang dulunya hampir roboh dek kerana masih lagi dalam keadaan hingusan untuk mengenali apa itu ‘UJIAN’…Walaupun kita semua sudah jarang berjumpa, dan mungkin tidak lama lagi masing-masing sudah ‘memasang sayap’ sendiri untuk terbang mencari menara impian, namun….Dia tetap kurniakan  keindahan ukhuwah sesama kita…. Alhamdulillah, syukur ya Rabb…

Kali ini, jari ini menaip atas dasar setiap perkataan yang ditaip ini lebih dekat dengan hati penulisnya dan juga atas dasar “agama itu nasihat”….dan moga-moga mesej kali ini bisa sampai ke dalam lubuk hati sahabat-sahabat sekalian juga untuk kita sama-sama muhasabah diri dalam meningkatkan ketaqwaan kpdNya…

Dalam kehidupan seharian, pernah tak kalian berasa di uji oleh Allah?? Sudah tentu pernah bukan ?? Kita cenderung mengatakan kalau kita ditimpa kesusahan, maka kita sedang mendapat cubaan dan ujian dari Allah. Ada di antara kita yang tidak sanggup menghadapi ujian itu dan boleh jadi ada pula di antara kita kuat dan tabah menghadapinya, alhamdulillah…

Cuba kita selak-selak kembali Al-Quran…

“Tidak ada kesusahan (atau bala` bencana)yang menimpa (seseorang)melainkan dengan izin Allah;dan sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya(untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);dan (ingatlah),Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu..”(surah At-Taghaabun:11)

Al-Quran juga telah mengajar kita untuk berdoa..

” Ya Tuhan kami,janganlah Engakau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 yang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tak sanggup kami memikulnya…”

Haha..kalau kalian perasan, ayat / doa tersebut juga turut diadaptasikan dalam lagu yang dinyanyi kan oleh kumpulan nasyeed ‘DEVOTEES’…
Dalam kehidupan ini kita tidak mampu menghindarkan diri kita dari ujian dan ujian tersebut, yang boleh kita pinta adalah agar cubaan tersebut sanggup kita jalani.
Al-Quran melukis secara luar biasa cubaan-cubaan tersebut, Allah berfirman:

“ Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar yang gembira kepada orang2 yang sabar..”

Menarik bukan..?Allah telah menyebut orang yang sabarlah akan mendapat berita gembira. Jadi, bukan orang yang menang, berjaya, atau gagah tetapi orang-orang yang sabar!! Biasanya kita akan cepat-cepat berdalih, ” Yea, sabar juga ada batasnya..” atau lidah kita berseru, ” Sabar memang sabar..Aku mampu menerima kenyataan result aku teruk, tapi macam penerimaan mak dan abah ? Bagaimana pandangan orang lain terhadap aku ? huhu~ memang dasar manusia…selalu dipenuhi dengan alasan-alasan yang dia sendiri ciptakan untuk mempertahankan dirinya daripada di’cop’ oleh orang sekeliling sebagai seorang yang tidak sabar…

Kemudian Dia juga turut menjelaskan siapa yang dimaksudkan olehNya dengan orang yang sabar pada ayat di atas.

“ (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucap…Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..”

Jadi, ternyata begitu mudahnya Allah melakarkan gambaran sikap orang yang sabar itu. Kalimat ~Innalillahi wa inna ilaihi rajiun~ sudah sinonim dikalangan kita apabila ditimpa sesuatu musibah lebih-lebih lagi jika berlaku sesuatu kematian. Jika begitu, adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang sabar ?? Nanti dulu! Jika kita merenung dan menghayati kembali makna kalimat tersebut, maka kita akan tahu bahawa sulit sekali menjadi orang yang sabar.

Bagi yang lupa, erti kalimat tersebut ialah ;

“ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali ..”

Kalimat ini ternyata bukan sekadar kalimat biasa.Kalimat ini mengandungi pesanan dan kesedaran tauhid yang tinggi. Setiap musibah, cubaan dan ujian itu tidaklah bererti apa-apa kerana kita semua adalah milik Allah; kita berasal dariNya, dan baik suka mahupun duka, diuji atau tidak, kita pasti akan kembali kepadaNya.Ujian apa sekali pun, semuanya datang dari Allah, dan hasil ujian itu kembali kepada Allah. Tidak dapat tidak kita kena menerimanya dengan hati yang redha dan yakin dengan ketentuaanNya. Inilah orang yang sabar menurut Allah !!

Kalau kita tanya diri balik, ikhlaskah kita apabila kita sudah pulun study gila-gila, setiap hari stay-up tak boleh nak kata laa, tapi akhirnya result hampeh juga..? Relakah kita menerima kenyataan bahawa result peperikasaan yang kita terima tidak seperti apa yang kita harapkan ?? Berubah menjadi dengkikah kita apabila melihat sahabat-sahabat kita yang sama duduk sebangku study dengan kita mendapat result yang lebih mantop daripada kita? Mampukah kita mengucap perlahan-lahan dengan penuh kesedaran, bahawa semuanya dari Allah. Kita ini tercipta daripada tanah dan akan kembali menjadi tanah. Bila kita mampu mengingat dan menghayati makna kalimat tersebut, di kala ujian dan cubaan menerpa kehidupan kita, maka Allah menjanjikan dalam Al-Quran:

“ Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Kalau kita perhatikan dan hayati kronologi kehidupan kita, pasti kita akan rasa hidup kita ini tidak ubah seperti roda. Kadang-kadang berada di atas, kadang-kadang pula berada di bawah. Semasa kita berada di atas janganlah kita berasa terlalu gah sebab suatu hari nanti kita pasti di bawah pula. Dan kalau kita berada di bawah, jangan sedih, jangan bimbang, jangan takut..insyaAllah suatu hari nanti kita pasti di atas tapi mestilah disusuli dengan usaha yang sewajarnya. Itulah sunnatullah kehidupan manusia….Subhanallah, adilnya Dia, cukup comel Dia aturkan kehidupan hamba-hambaNya.

Jarang sekali jika kita dapat rezeki dan kebahagiaan kita akan merasakan bahawa kita juga sebenarnya sedang diuji. Bagi orang yang benar-benar beriman akan merasakan setiap derap kehidupan merupakan cubaan dari Allah tidak kiralah sama ada baik atau buruk kurniaan dariNya. Dalam pada mendapat kegembiraan di atas kejayaan atau nikmat yang dikecapi, mungkin di situ Allah mahu uji sejauh mana rasa kesyukuran kita padaNya dan bagaimana kita meraikan kesyukuran tersebut. Adakah dengan berasa terlalu bangga sehingga melupakanNya atau sujud padaNya dengan linangan air mata kesyukuran..??

Saya nak selitkan sebuah cerita atau mungkin juga sebuah analogi berkaitan dengan kehidupan seharian yang kita lalui mungkin ada di antara kalian pernah dengar…

Seorang pekerja di sebuah proyek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat dia harus menyampaikan pesanan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Pekerja itu berteriak-teriak, tetapi temannya tidak dapat mendengar kerana bunyi bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang berkerja sehingga usahanya sia-sia saja.
Oleh kerana itu untuk menarik perhatian orang yang ada di bawah, dia cuba melemparkan wang syiling di temannya. Temannya itu berhenti bekerja untuk mengambil wang tersebut lalu kembali bekerja. Pekerja yang mahu menghantar pesanan tadi mengulangi perkara tersebut untuk kali kedua. Tapi hasilnya sama seperti tadi…
Tiba-tiba dia mendapat idea lain. Dia menggambil batu kecil lalu melemparkan kearah temanya itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya dan kerana berasa sakit, temannya memandang keatas. Kemudian pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Allah kadang-kadang memberikan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita ‘memandang’ kepadaNya. Seringkali Allah melimpahi kita dgn rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuatkan kita ‘memandang’ kepadaNya. Kerana itu, agar kita selalu mengingatiNya, Allah sering menjatuhkan ‘batu kecil’ kepada kita…..fikir-fikirkanlah…
Ujian sebenarnya mampu membawa kita kembali kepadaNya dan kadang-kala mampu menjauhkan diri kita kepadaNya. Bagi orang yang mempunyai hati yang “sihat”, dia akan berasa bahawa setiap ujian itu merupakan suatu pentarbiyahan dalam dirinya dan manakala bagi orang yang memiliki hati yang “sakit” atau “rosak”, baginya segala ujian yang diberikan olehNya merupakan suatu penderitaan yang membebankan. Dengan ujian juga sebenarnya mengajar seseorang supaya menjadi lebih mantop!! (trademark us.zamri ~huhu)

Akhirul kalam,

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar…..

Diri ini sudah semakin matang untuk memahami apa itu ’UJIAN’….
“….Siapa yang tidak rela menerima ketentuanKu, silalah keluar dari bumiKu….”
Subhanallah inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…

Juli 6, 2007 - Posted by | Tak Berkategori

Belum ada komentar.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: